2015年3月7日星期六

Sejarah F4 Bab 7

Teori Kedatangan Islam ke Asia Tenggara

-  Islam dari Tanah Arab

  - dikemukakan John Crawford
Bukti :
- catatan China - Arab & Parsi telah mempunyai pusat perdagangan & petempatan di Canton sejak 300 M
- pedagang Arab yg berdagang ke China singgah di pelabuhan utama Asia Tenggara - Selat Melaka
- kewujudan Ta Shih - perkampungan Islam di Sumatera Utara - Islam telah bertapak di Asia Tenggara pada thn 650 M

- Islam dari China

 - dikemukakan Emanuel Gadinho Eredia & S.Q. Fatimi
Bukti :
- Emanuel Gadinho Eredia
  - Khan Fo / Canton - pusat perniagaan terkenal di kalangan peniaga Arab yg beragama Islam sejak abad ke - 9 M
- S.Q. Fatimi
  - perpindahan beramai-ramai pedagang Islam dari Canton ke Asia Tenggara pada thn 876 M
  - persamaan unsur seni bina di China dgn unsur seni pd masjid2 di Nusantara

- Islam dari India

  - dikemukakan Snouck Hurgronje
Bukti :
- terdapat batu marmar pd batu nisan perkuburan Malik Ibrahim di Jawa & Malik al-Salih di Parsi mempunyai ciri buatan India

Sejarah F4 Bab 6

Pertembungan  tamadun Islam dengan tamadun lain

Cara pertembungan
- perdagangan
- penaklukan 
- kebudayaan 
- intelektual
- hubungan diplomatik

Kesan pertembungan
- perluasan kawasan kerajaan Islam
- pertukaran pendapat antara cendekiawan
- penyebaran ilmu pengetahuan 

Sejarah F4 Bab 5

Perjanjian Aqabah 1
- suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman dengan Allah dan rasul
- membantu perjuangan Nabi Muhammad
- tidak mengamalkan amalan jahiliah

Perjanjian Aqabah 2 

- suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan taat kepada Nabi Muhammad
- suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad untuk menghijrah ke Madinah
- mereka menyediakan tempat tinggal secara sukarela

Hijrah 

- perpindahan orang Islam dari Makkah dari Madinah untuk memperkukuh kedudukan Islam dan sebagai strategi penyebaran 

Hujah untuk menyangkal pendapat orientalis Barat yang mengatakan hijrah sebagai suatu pelarian 
- hijrah orang Islam Makkah kerana jemputan orang Madinah
- orang Islam Makkah diberi jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal 

Kepentingan hijrah 

- dakwah Islamiah dapat dilakukan dengan aman dan dilakukan secara terbuka
- menjalinkan hubungan antara orang Islamiah Makkah dan Madinah
- dapat menyatukan golongan yang sebelum ini bermusuhan 
- menunjukkan sikap toleransi dan tolong-menolong ke arah kecemerlangan
- kebijaksanaan nabi mengatur strategi untuk berhijrah

Cara Nabi Muhammad menyebarkan Islam di Madinah

- menghantar perutusan ke Rom, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah di Semenanjung Tanah Arab
- tidak memaksa mereka memeluk Islam tetapi menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai baik
- menyeru mereka memeluk Islam menerusi warkah
- ingin mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah tersebut

Sebab peperangan dibenarkan dalam Islam

- Allah membenarkan orang Islam berperang apabila diserang musuh 
- berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat mereka terpelihara
- menjaga maruah agama, bangsa dan negara
- menentang kezaliman dan mempertahankan diri
- tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan 
- tawanan lelaki diberikan syarat untuk membebaskan diri
- dilarang membunuh sesuka hati
- dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan 

Sejarah F4 Bab 4

Pendekatan Nabi Muhammad s.a.w. dalam usaha menyebarkan dakwah Islamiah di Makkah (6m)

- kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w.berdakwah
- pendekatan perbandingan antara nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak dalam Islam
- Nabi Muhammad s.a.w. membaca ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat
- memberikan penerangan dan menunjukkan teladan yang baik
- Nabi Muhammad s.a.w. menanamkan keimanan yang kuat kepada pengikut
- keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. yang mulia

4 sebab orang Arab Quraisy menentang ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. (8m)

- perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan
 - Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah sedangkan orang Arab Quraisy menyembah patung berhala 
   dan animisme
- menolak konsep persaudaraan Islam
 - bertentangan dengan konsep assabiah yang menjadi pegangan mereka
- menentang prinsip persamaan taraf dalam Islam
 - berbeza dengan sistem sosial masyarakat Arab Jahiliah yang mempunyai perbezaan darjat
- mengugat ekonomi orang Arab Quraisy
 - menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala kerana Islam  mewajibkan menyembah Allah

6 cara orang Arab Quraisy menentang dakwah Islamiah yang disebarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

- mengejek ajaran Islam melalui puisi mereka
- Nabi Muhammad s.a.w. dicemuh dengan kata2 nista
- golongan hamba yang memeluk Islam diseksa dengan kejam
- memujuk Nabi Muhammad s.a.w. dengan menawarkan kedudukan, wanita, cantik dan harta
- melakukan pemulauan terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga
- membuat pakatan untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w

Sejarah F4 Bab 3

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Sistem Pemerintahan

Peranan raja dalam sistem pemerintahan tamadun awal di Asia Tenggara

- Raja merupakan ketua pemerintah diikuti oleh kerabat diraja, pembesar, Brahmin, rakyat dan hamba
- Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan
- Raja berkuasa dalam hal pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan, khazanah negara
- Perintah raja merupakan undang-undang yang wajib dilaksanakan 
- Sesiapa yang melanggar perintah raja dianggap menderhaka
- Raja merupakan bayangan Tuhan
- Rakyat takut untuk menderhaka walaupun raja tidak adil

Ciri-ciri seni bina Angkor Wat 

- dibina untuk agama Hindu di Kemboja
- melambangkan orde kosmos
- ketinggiannya ialah 213 meter
- keluasan kawasannya ialah 208 hektar
- setiap sudutnya mempunyai menara
- terdapat ukiran menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata

Pengaruh Hindu-Buddha dan Kesusasteraan dan Kesenian

Kepentingan bahasa Sanskrit kepada kerajaan awal 

- meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek masyarakat 
- contohnya penemuan pada batu bersurat yang ditemui di tapak sejarah awal di Asia Tenggara
- merupakan bahasa keagamaan
- terdapat dalam kitab-kitab berkaitan keagamaan
- bahasa berkaitan dengan pemerintah dan ilmu
- berkembang menjadi bahasa ilmu dan berkomunikasi kerajaan awal

Sejarah F4 Bab 2

Pembentukan tamadun India

- Keruntuhan Tamadun Indus dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru yang dikenali sebagai Zaman Vedik 
- Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama kerana lahirnya agama Hindu
- Zaman ini terdapat golongan pemerintah terdiri daripada raja.
- Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada ( kerajaan kecil ) dan mahajanapada ( kerajaan besar )

Sistem perundangan dalam tamadun India

- Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang2 Hindu paling tua
- Raja merupakan tonggak dalam perkembangan tamadun India 
- Raja dipertanggungjawabkan untuk memelihara kesucian dan kedaulatan undang2
- Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan atau denda bergantung pada keseriusan kesalahan 
- golongan Brahmin menjadi golongan yang dominan dalam urusan undang2 kerana mereka mahir tentang hukum2 yang berkaitan dengan keagamaan

Kemajuan yang dicapai oleh tamadun India dalam bidang ekonomi

- Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan yang sangat pesat
- Pusat perdagangan yang penting - Anga, Kalinga, Karusa menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara
- Hubungan perdagangan dengan negara luar - kerajaan Maurya dengan Macedonia
- Pelabuhan yang penting - Tamralipti, Ghantashala, Kadura ( timur ) , Kalyan dan Cambay ( barat )
- Kewujudan persatuan perdagangan dan perusahaan - sresthin
- Mata wang telah digunakan sebagai medium jual beli

Pendidikan tamadun India

- bermula pada Zaman Vedik - mementingkan aspek keagamaan dan agama Hindu menjadi terasnya
- pembelajaran tertumpu kepada kitab2 Veda dan bahasa Sanskrit
- kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab2 Veda
- pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahman
- pada abad ke 4 Masihi, lahirnya universiti agama Buddha di Nalanda
- seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda untuk mencapai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan

Sains dan Teknologi tamadun India

- cabang kepada pengetahuan Vedik
- pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda
- ilmu matematik telah wujud dan berkembang pesat pada Zaman Gupta
- ahli matematik mengetahui tentang konsep geometri dan memperkenalkan sistem nombor 
  - angka Brahmin dan angka Kharosti
- ilmu perubatan berkembang disebabkan kecenderungan masyarakat dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga

Sistem sosial tamadun India

- kewujudan sistem kasta
- 4 kasta utama -  Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra
- mempunyai tanggungjawab yang berbeza
- seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza

Agama Hindu 

- Hindu - masyarakat yang tinggal di Sungai Sindhu
- muncul sejak Zaman Vedik - wujud kitab Veda
- percaya Tuhan mempunyai 3 fungsi utama 
  - mencipta ( Brahman )
  - memelihara ( Vishnu )
  - membinasa ( Siva )
- mempunyai 6 aliran 
  - Saivisme
  - Vishnavisme
  - Saktham
  - Ganapathyam
  - Kaumaram
  - Saura
- kegemilangan agama Hindu - zaman Gupta
- mempercayai Hukum Karma - bersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati

Agama Buddha

- diasaskan oleh Siddharta Gautama
- kemunculan agama dikaitkan dengan penentangan golongan Ksyatria terhadap dominasi Brahmin dalam soal agama dan kehidupan
- Gautama Buddha menemui kebenaran sewaktu bertapa di bawah pokok bodhi di kampung Uruveda
- ajaran asas Buddha - empat kebenaran mulia - dukka, samudaya, nirodha, marga
- zaman kegemilangan agama Buddha - zaman pemerintahan Asoka
- menggunakan bahasa Pali - kitab suci ( kitab Tripitaka ) mengandungi Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka dan Abhidhamma Pitaka

Agama Kristian

- diasaskan oleh Jesus Christ
- 25 Disember - tarikh lahir Jesus dan diraikan setiap tahun sebagai Hari Natal
- Old Testament dan New Testament adalah kitab suci agama Kristian yang dikenali sebagai bible
- mendapat tempat di Eropah pada zaman Rom - pemerintahan Constantine
- individu yang terlibat dengan perancangan dan kegiatan agama dikecualikan daripada kerja berat
- Hari Ahad dikhaskan untuk kegiatan keagamaan

Agama Islam

- diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad pada 6 Ogos 610 M melalui Malaikat Jibril di Gua Hira
- 2 teras dalam agama Islam - akidah dan syariah
- akidah - keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah
- syariah - undang2 yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah
- orang Islam wajib percaya kepada rukun Islam dan rukun Iman

Confucianisme

- diasaskan oleh Confucius 
- dijadikan sebagai kepercayaan dan tokoh Confucius telah disembah sebagai salah satu dewa penting
- menekankan prinsip moral yang tinggi - perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), taat kepada ibu bapa (xiao)
- mendapat pendidikan - mencapai ketinggian moral

Taoisme

- diasaskan oleh Lao Tze
- menghasilkan buku Tao Te Ching yang mengandungi idea falsafah Taoisme
- lebih menumpukan kepada konsep Tao - jalan
- setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao
- Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan (wu-wei)

Sejarah F4 Bab 1

1.1       ZAMAN PRASEJARAH

-          ZAMAN PALEOLITIK & MESOLITIK

-          ZAMAN NEOLITIK

-          ZAMAN LOGAM

 

1.2   DEFINISI TAMADUN – mudun, madain, madana

Madana – budi bahasa yg tinggi & pembukaan bandar

Civilization = civitas – bandar & peradaban

Perbezaan antara pandangan Barat dgn pandangan Islam à konsep tamadun


                                    Barat


                                      Islam


Pembangunan lahiriah


Pembangunan lahiriah & rohaniah


Aspek kebendaan, kebudayaan dan pembangunan fizikal ditegaskan


Akidah, akhlak, semangat kejiranan, toleransi dan kebebasan beragama


Gordon Childe – pencapaian lahiriah – kayu pengukur kemajuan tamadun


Syed Naquib al- Attas – pencapaian tahap tatasusila & kebudayaan yg tinggi & luhur oleh masyarakat


Darcy Liberio & R.A. Buchanan – tekan aspek lahiriah & X rohaniah


Ibn Khaldun – umran & hadarah

 

Richard Sullivan – sarjana Barat sokong pandangan Islam


1.3     Ciri2 Tamadun

-          Petempatan kekal

-          Kehidupan organisasi

-          Sistem pemerintahan

-          Pengkhususan pekerjaan

-          Agama & kepercayaan

-          Bahasa & sistem tulisan


1.4 Proses Pembentukan Tamadun

Tamadun Mesopotamia

– tanah di antara 2 sungai

Proses pembentukan

-          Dibahagikan – bahagian utara dan selatan bandar Baghdad

-          Org Sumeria berhijrah & bina petempatan

-          Petempatan awal berbentuk perkampungan berkembang à bandar & lahir kota – Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari

Sistem tulisan - cuneiform


Sumbangan Tamadun Mesopotamia

1.       Perundangan

Kod Undang-undang Hammurabi - dasar perundangan – elak masalah pelbagai kaum, wujud perpaduan, ukuh sistem organisasi masyarakat

-          hukuman & denda setimpal dgn kesalahan tapi beza mengikut susun lapis masyarakat

-          dipahat pada tembok & tiang besar

2.       Aspek estetika

Raja Nebuchadnezzar – bina semula Babylon, istananya – Taman Tergantung Babylon

3.       Sistem Tulisan – Epik Gilgamesh – falsafah & cara hidup org Mesopotamia

4.       Perkembangan Ilmu astronomi – guna jalan laut & cipta calendar yg mengandungi 12 bulan setahun

5.       Penciptaan roda – kereta kuda & cipta kincir air

6.       Perpustakaan diraja – Ashurbanipal


Tamadun Hwang Ho

Proses pembentukan tamadun Hwang Ho (4m)
- kesuburan Lembah Hwang Ho (1) menarik penduduk nomad untuk membina petempatan (1)
- Tapak Banpo berhampiran bandar Sian merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho (1)
- penduduk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang (1)
- perkembangan petempatan awal (1) melahirkan beberapa buah bandar di Lembah Hwang Ho (1)
- Anyang merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang (1)

Susun lapis masyarakat tamadun Hwang Ho (8m)
- raja menduduki lapisan paling atas (1) diikuti oleh golongan bangsawan dan pembesar (1)
- golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa (1)
- golongan petani, golongan artisan dan pedagang (1) yang membentuk sebahagian besar penduduk (1) mendiami kawasan luar bandar (1)
- golongan artisan berkemahiran dalam teknologi gangsa (1) untuk menghasilkan senjata (1)
- lapisan yang paling bawah ialah hamba (1)
- berfungsi sebagai tentera paksaan (1)

8 ciri sistem pemerintahan Dinasti Shang (8m)
- berbentuk pemerintahan beraja (1)
- pengganti raja dilantik dalam kalangan saudara lelaki atau anak lelaki raja (1)
- raja mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama (1)
- raja berkuasa atas pusat pentadbiran (1)
- raja tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana berketurunan pemerintah agama (1)
- urusan pentadbiran dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan (1)
- golongan bangsawan bertanggungjawab mentadbir wilayah (1)
- Dinasti Chou mengambil alih pemerintahan Shang (1)

Sistem tulisan (4m)
- muncul daripada amalan penilikan tulang oracle (1)
- rekahan pada tulang menimbulkan idea untuk mencipta tulisan (1)
- membentuk sistem tulisan yang dikenali sebagai tulisan ideogram (1) berbentuk simbol dan gambar (1)

Kepentingan sektor pertanian kepada sesebuah negara (4m)
- menyediakan tanaman makanan seperti padi dan jagung (1)
- membekalkan bahan mentah untuk pengeluaran kilang (1)
- menyediakan peluang pekerjaan (1)
- memberi sumbangan pendapatan kepada negara melalui kegiatan eksport (1)