2012年8月8日星期三

Bina Ayat

SET 1 
a) i) Kita bebas berbuat apa-apa sahaja asalkan tidak melanggar undang-undang.
    ii) Hisham bukan sahaja menghantar mangsa ragut itu ke hospital, bahkan dia mendermakan wang 
       kepada mangsa itu.
    iii) Biarpun pendapatannya sederhana, tetapi Encik Zambri mampu menyediakan segala keperluan 
        keluarganya. 
    iv) Walaupun telah berkali-kali dinasihati oleh ibunya, namun Amri tidak pernah insaf.
    v) Encik Wong tidak mahu menolong pemuda yang malang itu walhal pemuda itu ialah anak jirannya.
    vi) Saya mengambil kesempatan melawat semua saudara di kampung sementelah saya bercuti panjang. 

Set 2 
a) i) Datuk berjalan menggunakan tongkat kerana dia sudah tua.
    ii) Nabil berlari dengan pantas untuk sampai ke garisan penamat.
    iii) Adik mula bertatih ketika usianya sembilan bulan.
    iv) Aiman bertinggung kerana lantai dewan itu basah.
    v) Ayah duduk bersila sambil mendengar ceramah di surau.
    vi) Gadis yang sedang duduk bertimpuh itu ialah kakak saya.

Set 3
a) i) Ibu merebus jagung untuk hidangan minum petang.
    ii) Kakak disuruh menjerang air manakala ibu memotong kek.
    iii) Puan Ng sedang mengukus seekor ikan siakap.
    iv) Walaupun mempunyai periuk elektrik, nenek lebih suka menanak nasi menggunakan dapur kayu.
    v) Kami memanggang ikan dan sotong semasa berkhemah.
    vi) Sempena hari raya, kami membakar lima belas batang lemang.

没有评论:

发表评论