2012年10月25日星期四

Sejarah F5 Bab 9

Faktor-faktor berlakunya Perang Dunia Pertama

faktor politik - kemunculan nasionalisme
- negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah negara bangsa yang lebih besar seperti Jerman dan Itali 
- wujud sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga
faktor ekonomi 
- melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang membentuk lingkungan pengaruh untuk mendapatkan bahan mentah dan memasarkan barangan siap mereka
faktor segera 
- pembunuhan Archduke Franz Ferdinand, iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh seorang pengganas Serbia

Kesan Perang Dunia Pertama

kesan politik
- menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
- termeterainya Perjanjian Versailles
- mengubah peta Eropah
- membentuk beberapa buah negara baru
- penubuhan Liga Bangsa

kesan ekonomi
- negara-negara yang berperang mengalami inflasi
- hutang peperangan yang tinggi
- pasaran dunia diambil oleh Amerika Syarikat dan Jepun
- pengangguran meningkat
- Jerman terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi

Malaysia Dalam Pertubuhan Serantau

- satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain


Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA)

- diancam hebat oleh komunis setelah mencapai kemerdekaan
- PKM telah diharamkan - melancarkan gerakan gerila

Matlamat ASA
- menjalinkan kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sains dan sosial
- menjamin kestabilan politik negara-negara serantau

- ASA dianggap sebagap pertubuhan antipemerintahan Presiden Soekarno
- Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain
- Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat


Malaysia, Filipina dan  Indonesia (MAPHILINDO) 

- meningkatkan hubungan persahabatan antara Malaysia-Filipina
- menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina

- PBB menghantar perwakilan yang diketuai oleh Lawrence V. Michael More untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia
- India dan Filipina kurang berpuas hati dengan hasil siasatan PBB dan menentang pembentukan Malaysia


Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)

- termeterainya Deklarasi Bangkok membawa kepada penubuhan ASEAN 

- mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara
- meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian

Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam ASEAN

- mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali - ZOPFAN
- ZOPFAN 
  - mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara
  - tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat dan blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar
- ASEAN - Zon Bebas Senjata Nuklear
- membentuk kerjasama dalam projek perindustrian - projek baja urea
- mewujudkan zon Perdagangan Bebas ASEAN
- konsep ASEAN +3 - kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara2 timur

2012年10月24日星期三

Sejarah F5 Bab 8

Langkah-langkah ke arah pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan 

Laporan Barnes 1950

- semua sekolah vernakular Melayu, Cina, dan Tamil dibubarkan serta digantikan dengan sekolah kebangsaan 
- bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah 
- bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah menengah
- ditentang oleh orang Cina kerana menganggap bahasa ibunda mereka tergugat

Laporan Fenn-Wu 1951

- mencadangkan sekolah vernakular terus kekal walaupun bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan

Ordinan Pelajaran 1952

- mencadangkan dua sistem persekolahan yang menggunakan dua bahasa pengantar, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
- pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan atas permintaan daripada ibu bapa

Penyata Razak 1956

- penubuhan sekolah umum (rendah) menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar 
- sekolah jenis umum (rendah) menggunakan bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar
- sekolah menengah Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
- sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
- bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah

Alasan Rukun Negara diperkenalkan

Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970
- untuk mengukuhkan perpaduan

Kepercayaan kepada Tuhan
- agama merupakan pegangan paling utama rakyat Malaysia

Kesetiaan kepada raja dan negara
- semua rakyat Malaysia memberi taat setia kepada raja dan negara

Keluhuran perlembagaan
- perlembagaan merupakan undang-undang utama bagi sesebuah negara

Kesopanan dan kesusilaan
- merupakan nilai murni
- melambangkan keperibadian seseorang individu

Akta Bahasa Kebangsaan

Usaha-usaha memartabatkan BM

- penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
- pelancaran "Minggu Bahasa" dan "Bulan Bahasa"
- pelancaran slogan "Bahasa Jiwa Bangsa"
- penubuhan sekolah menengah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
- penubuhan Universiti Kebangsaan Malaya
- Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah

Dasar Kebudayaan Kebangsaan


- menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara
- memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan 
- memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
- memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan

Sukan Untuk Perpaduan

- alat perpaduan tanpa mengira ideologi
- menyemarakkan semangat patriotik
- tidak mengehadkan kepada sesuatu kaum sahaja
- aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan pada peringkat sekolah

 Wawasan 2020

- menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020
- menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju
- menitikberatkan kemajuan fizikal
- menitikberatkan kemajuan bersepadu


Sejarah F5 Bab 6

Cadangan pembentukan Malaysia

- Lord Brassey mencadangkan British menggabungkan Sabah dan Sarawak dengan Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat
- Sir Malcolm MacDonald mencadangkan gabungan Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Persekutuan
 Tanah Melayu
- Dato' Onn Jaafar mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu dinamakan Malaysia kerana suatu masa nanti British akan menggabungkan Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu 
- Lee Kuan Yew mendesak British berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
- Tunku Abdul Rahman mengumumkan cadangan tentang gagasan Malaysia dalam majlis makan tengah hari di Hotel Adelphi, Singapura dan berharap agar Malaysia dapat menjamin kedudukan politik yang kukuh

Faktor2 pembentukan Malaysia

faktor politik - keselamatan 
- perkembangan pengaruh Barisan Sosialis telah mencemaskan Lee Kuan Yew kerana ini akan mengugat rancangan British untuk memerdekakan Singapura
- ancaman komunis digunakan sebagai alasan oleh Lee Kuan Yew untuk mendesak British menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu kerana Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya

faktor politik - kemerdekaan
- penubuhan Malaysia mempercepat kemerdekaan Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei yang masih belum berkerajaan sendiri

faktor ekonomi 
- penubuhan Malaysia akan membuka pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian

faktor sosial
- untuk mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negeri anggota dengan memasukkan Sabah, Sarawak dan Brunei dalam gabungan ini

Langkah2 pembentukan Malaysia

- lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sabah dan Sarawak serta Brunei untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia
- Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum ditubuhkan untuk menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia, mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
- Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia dan menerima satu memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan
- Jawatankuasa Antara Kerajaan memperincikan cadangan Suruhanjaya Cobbold dan membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak



2012年10月20日星期六

Sejarah F5 Bab 5


Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

Suruhanjaya Reid

- membincangkan dan menyusun perlembagaan PTM yg merdeka yg diketuai oleh Lord Reid
- ahli2
 - Lord Reid
 - Sir Ivor Jennings
 - Sir William Mckell
 - Tuan B.Malik
 - Tuan Abdul Hamid
- merangka sebuah perlembagaan PTM yang merdeka

- isu yang menjadi panduan suruhanjaya
 - pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat dan memberi kuasa autonomi kpd negeri dlm bidang tertentu
 - mengambil kira isu kedudukan raja 2 Melayu agar martabat mereka terpelihara
 - hak istimewa org Melayu terpelihara
 - kewujudan satu bangsa  PTM juga diberi tumpuan

- isu kerakyatan jus soli yg menjadi tuntutan orang dagang tetapi tidak diterima orang Melayu
- hak sama rata kpd semua kaum dianggap melemahkan kedudukan org Melayu

Isi2 penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
- pembentukan sebuah kerajaan persekutuan
- 3 jenis kerakyatan diwujudkan, iaitu Kuat Kuasa Undang2, Permohonan dan Naturalisasi
- kedudukan istimewa org Melayu dikekalkan 
- agama Islam sbg agama rasmi persekutuan
- Bahasa Melayu dijadikan sbg bahasa kebangsaan
- Yang Dipertuan Agong  menjadi ketua negara

Sejarah F5 Bab 3

Latar Belakang Pembinaan Negara dan Bangsa

Sistem politik masyarakat Melayu tradisional

- sempadan kerajaan atau wilayah raja ditentukan oleh kesetiaan rakyat terhadap raja

Sistem politik penjajahan Barat

- bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, kebudayaan dan agama dibentuk melalui penggunaan satu bangsa kebangsaan, pengamalan kebudayaan kebangsaan serta Rukun Negara

Pembinaan Negara dan Bangsa 

- muncul idea hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa moden - berdasarkan rumpun bangsa
- kebangkitan nasionalisme telah mengancam Austria, Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa - menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa - membentuk negara bangsa
- Perang Dunia Pertama - kekalahan Jerman - Persidangan Damai Paris mencapai kesepakatan melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson
- dua prinsip 
  - penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri
  - prinsip sempadan negara berasaskan bangsa
- kesan deklarasi
  - empayar Austria-Hungary dan Turki yg kalah dalam perang telah dibahagi-bahagikan
- kemunculan negara bangsa baru seperti Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia
- Itali dan Jerman - negara bangsa pada abad ke 19

Penyatuan Negara Itali

- tokoh nasionalisme - Count Camillo Benso - menyatukan Itali melalui amalan realpolitik

Penyatuan Jerman

- Otto Eduard von Bismarck - mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi
- membangkitkan isu membenci kuasa asing demi membangkitkan semangat rakyat Prussia
- melancarkan 3 peperangan menentang musuh - Denmark, Austria dan Perancis

Johor 

Sultan Abu Bakar - Bapa Johor Moden - sumbangan baginda terhadap pembangunan negeri Johor

Undang2 Tubuh Kerajaan Johor
- keturunan sultan sebagai pewaris takhta
- pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor
- agama Islam sebagai agama rasmi

- Raja, Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain
- Raja berhak memilih Menteri Besar
- jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri
- Majlis Mesyuarat Kerajaan
  - Majlis Negeri - kuasa perundangan
  - Jemaah Menteri - kuasa pelaksanaan
- memantapkan sistem pentadbiran Johor dan menghalang Britisk menguasai negeri Johor

Kelantan

- penubuhan Jemaah Menteri - Kelantan sudah mempunyai sistem pentadbiran yang mantap
- Sultan Muhammad II menyingkirkan beberapa orang kerabat diraja yang terlibat dalam pertikaian merebut kuasa
- golongan pembesar bergelar Nik dan Wan - membantu mengukuhkan pemerintahan serta kewibawaan Sultan Muhammad II

Terengganu

- Sultan Zainal Abidin III - meluluskan Undang2 Tubuh Kerajaan Terengganu - Ittiqan-ilmuluk bi-ta'dil  il-suluk - keyakinan kepada pemerintah berdasarkan keadilan
- undang2 berasaskan Perlembagaan Undang2 Tubuh Kerajaan Terengganu 1895

N9 

- terdiri daripada 9 negeri
- Raja Melewar yg diberi gelaran Yamtuan Besar dan bersemayam di Seri Menanti
- mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih
- kedaulatan berada di tangan rakyat
- perlantikan pemimpin dibuat mengikut hierarki, iaitu dari peringkat paling bawah, iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga, Undang dan Yang Dipertuan Besar
- Yang Dipertuan Besar dipilih secara perundingan oleh Undang
- N9 dibahagi kepada 4 daerah - luak - Rembau, Johol, Sg. Ujong dan Jelebu
- ketua luak ialah Undang dan dipilih oleh Lembaga
- ketua suku ialah Lembaga dan dipilih oleh Buapak
- ketua Perut ialah Buapak dan dipilih oleh Anah Buah 
- Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah - berkaitan dengan adat
- berunsur demokrasi
- lebih mementingkan permuafakatan dan semangat kerjasama antara suku semasa memilih pemimpin




Sejarah F4 Bab 9


Zaman Gelap

- masyarakat dalam keadaan mundur selepas kejatuhan tamadun Rom
- mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran

Ciri2 kehidupan Zaman Gelap

- tiada pentadbiran pusat yang berkesan mengawal tingkah laku rakyat dan pembesar
- kemusnahan kuasa pusat - tidak dapat mentadbir wilayah2
- kemunculan golongan baron ( tuan tanah ) yang berkuasa di wilayah2 yang diduduki
- golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah untuk menjaga keselamatan dan sebagai balasan petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah
- petani yang tiada kemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanah kepada tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba
- tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja dan sebagai tukaran golongan tuan tanah perlu memberi khidmat atau membayar cukai kepada raja
- jalinan ikatan yang menhubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya tuan tanah dengan raja merupakan asas kepada sistem feudal
- kelembapan ilmu pengetahuan
- institusi gereja amat berkuasa dengan memiliki harta yang banyak
- institusi gereja memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan ilmu keakhiratan
- gereja mengongkong kehidupan masyarakat Eropah
- kegiatan perdagangan tidak meluas dan sering diganggu oleh serangan orang gasar seperti Viking dan Magyar
- kegiatan perdagangan ke Timur Jauh tidak dapat dijalankan - tidak berupaya menyaingi penguasaan orang Islam di Mediterranean
- mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian
- perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang - penggunaan mata wang terhad

Ciri2 persamaan antara sistem feudal di Eropah dengan sistem feudal masyarakat Melayu tradisional

- golongan raja merupakan penaung utama dalam sesebuah negara
- golongan raja memiliki tanah di negeri masing masing secara mutlak
- pembesar memberi khidmat kepada raja - mendapat naungan daripada pihak istana
- rakyat memberi khidmat kepada pembesar dengan mengerjakan tanah
- rakyat menjadi hamba - gagal membayar hutang

Perubahan pada Zaman Kemuncak Pertengahan di Eropah

- gereja memainkan peranan universal serta menjadi ejen penyatuan
- perubahan ekonomi hasil pertambahan penduduk
- peningkatan dalam aktiviti pertanian
- kemunculan kegiatan perdagangan yang maju
- kemunculan bandar2 seperti Venice, Milan dan Florest di Itali
- melahirkan kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan, pedagang dan ahli perbankan
- perubahan politik yang berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam kegiatan politik
- memberikan hak politik kepada rakyat

Zaman Renaissance

- renisciment - kelahiran semula - penghargaan semula ilmu dalam tamadun Rom dan Yunani

Sebab2 Renaissance berlaku di Itali

- lahir aliran pemikiran humanisme melalui penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahan
- melahirkan bapa humanisme - Francesco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio
- kesediaan meneroka bidang dan kawasan baru kerana didorong oleh semangat inkuiri yang kuat
- kemunculan bandar2 terkenal menjadi pusat antarabangsa seperti Venice, Milan dan Florence
- pertembungan budaya, bahasa dan agama kerana kedudukan Itali yang strategik di sekeliling Laut Mediterranean
- kemunculan golongan pedagang kaya menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar dan menjadikannya tumpuan kepada para seniman dan cendekiawan
- golongan pedagang kaya menjadi patron / penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis
- patron yang terkenal ialah keluarga Medici di Florence
- Paus di Rom menjadi patron kepada para seniman dan cendekiawan
- kemahiran seniman dihargai dan ini mempengaruhi para pelukis dikenali secara individu - individualisme
seperti Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo
- terdapat tokoh Renaissance yang muncul di beberapa buah negara Eropah seperti tokoh pemikir Thomas More, Francis Bacon dan William Shakespeare

Kesan Renaissance

- kemunculan monarki baru yang diasaskan kepada kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan bangsa
- pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat memperkukuh kekuasaan monarki
- kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan merosot
- kegiatan ekonomi kian pupus
- kegiatan perdagangan tempatan dan antarabangsa meluas
- kegiatan penjelajahan dan penerokaan berkembang
- kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi dan astronomi
- pendidikan menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik
- manusia harus bersifat inkuiri dan berani untuk meneroka bidang baru

Gerakan Reformation

- melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau membentuk sesuatu yang baru
- gerakan yang mempunyai kaitan dengan agama Kristian

Sebab Reformation

- berlaku kepincangan, rasuah dan penyelewengan apabila pihak Gereja Rom telah meningkatkan usaha pembangunan keduniaan
- amalan golongan penguasa Gereja Katholik tidak selari dengan yang dianjurkan dalam kitab Bible menyebabkan ramai ahli masyarakat mempersoalkan kedudukan mereka
- terdapat penyelewengan dengan penjualaan sijil Indulgences, surat pengampunan bagi penganut Kristian yang melakukan dosa merebak ke seluruh Eropah 
- Adanya mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg membolehkan Bible dihasilkan masa yang singkat dengan harga yang murah
-Tindakan Martin Luther, profesor ilmu teologi di Jerman, mula mengambil langkah menentang amalan Indulgences
- Luther percaya manusia seharusnya bergandung pada kekuatan rohaninya dalam amalan penghidaman dengan mencabar kedudukan gereja dan institusi paderi
- Luther memperkenalkan mazhab Protestan yang berasal daripada perkataan protesting yang bermaksud membantah yang mempersoalkan kewibawaan Gereja Rom Katholik dan golongan paderi

 Kesan Reformation

- Kristian berpecah kepada Katolik dan Protestan
- gerakan pada mulanya dipimpin oleh Huldreich Zwingli kemudian dipimpin John Calvin di Switzerland
- berlaku perang keagamaan di Perancis dan perang 30 tahun yang melibatkan Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark dan Sweden
- peperangan mengikut mazhab telah mengakibatkan kemusnahan
- dalam jangka panjang timbul sikap toleransi antara pengikut mazhab Kristian untuk mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka
- kuasa gereja dicabar secara terbuka