Zaman Gelap
- masyarakat dalam keadaan mundur selepas kejatuhan tamadun Rom
- mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran
Ciri2 kehidupan Zaman Gelap
- tiada pentadbiran pusat yang berkesan mengawal tingkah laku rakyat dan pembesar
- kemusnahan kuasa pusat - tidak dapat mentadbir wilayah2
- kemunculan golongan baron ( tuan tanah ) yang berkuasa di wilayah2 yang diduduki
- golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah untuk menjaga keselamatan dan sebagai balasan petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah
- petani yang tiada kemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanah kepada tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba
- tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja dan sebagai tukaran golongan tuan tanah perlu memberi khidmat atau membayar cukai kepada raja
- jalinan ikatan yang menhubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya tuan tanah dengan raja merupakan asas kepada sistem feudal
- kelembapan ilmu pengetahuan
- institusi gereja amat berkuasa dengan memiliki harta yang banyak
- institusi gereja memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan ilmu keakhiratan
- gereja mengongkong kehidupan masyarakat Eropah
- kegiatan perdagangan tidak meluas dan sering diganggu oleh serangan orang gasar seperti Viking dan Magyar
- kegiatan perdagangan ke Timur Jauh tidak dapat dijalankan - tidak berupaya menyaingi penguasaan orang Islam di Mediterranean
- mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian
- perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang - penggunaan mata wang terhad
Ciri2 persamaan antara sistem feudal di Eropah dengan sistem feudal masyarakat Melayu tradisional
- golongan raja merupakan penaung utama dalam sesebuah negara
- golongan raja memiliki tanah di negeri masing masing secara mutlak
- pembesar memberi khidmat kepada raja - mendapat naungan daripada pihak istana
- rakyat memberi khidmat kepada pembesar dengan mengerjakan tanah
- rakyat menjadi hamba - gagal membayar hutang
Perubahan pada Zaman Kemuncak Pertengahan di Eropah
- gereja memainkan peranan universal serta menjadi ejen penyatuan
- perubahan ekonomi hasil pertambahan penduduk
- peningkatan dalam aktiviti pertanian
- kemunculan kegiatan perdagangan yang maju
- kemunculan bandar2 seperti Venice, Milan dan Florest di Itali
- melahirkan kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan, pedagang dan ahli perbankan
- perubahan politik yang berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam kegiatan politik
- memberikan hak politik kepada rakyat
Zaman Renaissance
- renisciment - kelahiran semula - penghargaan semula ilmu dalam tamadun Rom dan Yunani
Sebab2 Renaissance berlaku di Itali
- lahir aliran pemikiran humanisme melalui penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahan
- melahirkan bapa humanisme - Francesco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio
- kesediaan meneroka bidang dan kawasan baru kerana didorong oleh semangat inkuiri yang kuat
- kemunculan bandar2 terkenal menjadi pusat antarabangsa seperti Venice, Milan dan Florence
- pertembungan budaya, bahasa dan agama kerana kedudukan Itali yang strategik di sekeliling Laut Mediterranean
- kemunculan golongan pedagang kaya menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar dan menjadikannya tumpuan kepada para seniman dan cendekiawan
- golongan pedagang kaya menjadi patron / penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis
- patron yang terkenal ialah keluarga Medici di Florence
- Paus di Rom menjadi patron kepada para seniman dan cendekiawan
- kemahiran seniman dihargai dan ini mempengaruhi para pelukis dikenali secara individu - individualisme
seperti Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo
- terdapat tokoh Renaissance yang muncul di beberapa buah negara Eropah seperti tokoh pemikir Thomas More, Francis Bacon dan William Shakespeare
Kesan Renaissance
- kemunculan monarki baru yang diasaskan kepada kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan bangsa
- pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat memperkukuh kekuasaan monarki
- kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan merosot
- kegiatan ekonomi kian pupus
- kegiatan perdagangan tempatan dan antarabangsa meluas
- kegiatan penjelajahan dan penerokaan berkembang
- kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi dan astronomi
- pendidikan menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik
- manusia harus bersifat inkuiri dan berani untuk meneroka bidang baru
Gerakan Reformation
- melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau membentuk sesuatu yang baru
- gerakan yang mempunyai kaitan dengan agama Kristian
Sebab Reformation
- berlaku kepincangan, rasuah dan penyelewengan apabila pihak Gereja Rom telah meningkatkan usaha pembangunan keduniaan
- amalan golongan penguasa Gereja Katholik tidak selari dengan yang dianjurkan dalam kitab Bible menyebabkan ramai ahli masyarakat mempersoalkan kedudukan mereka
- terdapat penyelewengan dengan penjualaan sijil Indulgences, surat pengampunan bagi penganut Kristian yang melakukan dosa merebak ke seluruh Eropah
- Adanya mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg membolehkan Bible dihasilkan masa yang singkat dengan harga yang murah
-Tindakan Martin Luther, profesor ilmu teologi di Jerman, mula mengambil langkah menentang amalan Indulgences
- Luther percaya manusia seharusnya bergandung pada kekuatan rohaninya dalam amalan penghidaman dengan mencabar kedudukan gereja dan institusi paderi
- Luther memperkenalkan mazhab Protestan yang berasal daripada perkataan protesting yang bermaksud membantah yang mempersoalkan kewibawaan Gereja Rom Katholik dan golongan paderi
Kesan Reformation
- Kristian berpecah kepada Katolik dan Protestan
- gerakan pada mulanya dipimpin oleh Huldreich Zwingli kemudian dipimpin John Calvin di Switzerland
- berlaku perang keagamaan di Perancis dan perang 30 tahun yang melibatkan Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark dan Sweden
- peperangan mengikut mazhab telah mengakibatkan kemusnahan
- dalam jangka panjang timbul sikap toleransi antara pengikut mazhab Kristian untuk mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka
- kuasa gereja dicabar secara terbuka
Casinos Near Chicago - JTM Hub
回复删除The closest 서산 출장샵 casinos to 태백 출장안마 Chicago, IL, offer 부천 출장마사지 a casino in downtown Chicago. You can even buy a ticket at one 대전광역 출장샵 of the city's 진주 출장샵 casinos, The