2012年10月24日星期三

Sejarah F5 Bab 8

Langkah-langkah ke arah pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan 

Laporan Barnes 1950

- semua sekolah vernakular Melayu, Cina, dan Tamil dibubarkan serta digantikan dengan sekolah kebangsaan 
- bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah 
- bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah menengah
- ditentang oleh orang Cina kerana menganggap bahasa ibunda mereka tergugat

Laporan Fenn-Wu 1951

- mencadangkan sekolah vernakular terus kekal walaupun bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan

Ordinan Pelajaran 1952

- mencadangkan dua sistem persekolahan yang menggunakan dua bahasa pengantar, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
- pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan atas permintaan daripada ibu bapa

Penyata Razak 1956

- penubuhan sekolah umum (rendah) menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar 
- sekolah jenis umum (rendah) menggunakan bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar
- sekolah menengah Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
- sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
- bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah

Alasan Rukun Negara diperkenalkan

Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970
- untuk mengukuhkan perpaduan

Kepercayaan kepada Tuhan
- agama merupakan pegangan paling utama rakyat Malaysia

Kesetiaan kepada raja dan negara
- semua rakyat Malaysia memberi taat setia kepada raja dan negara

Keluhuran perlembagaan
- perlembagaan merupakan undang-undang utama bagi sesebuah negara

Kesopanan dan kesusilaan
- merupakan nilai murni
- melambangkan keperibadian seseorang individu

Akta Bahasa Kebangsaan

Usaha-usaha memartabatkan BM

- penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
- pelancaran "Minggu Bahasa" dan "Bulan Bahasa"
- pelancaran slogan "Bahasa Jiwa Bangsa"
- penubuhan sekolah menengah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
- penubuhan Universiti Kebangsaan Malaya
- Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah

Dasar Kebudayaan Kebangsaan


- menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara
- memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan 
- memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
- memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan

Sukan Untuk Perpaduan

- alat perpaduan tanpa mengira ideologi
- menyemarakkan semangat patriotik
- tidak mengehadkan kepada sesuatu kaum sahaja
- aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan pada peringkat sekolah

 Wawasan 2020

- menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020
- menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju
- menitikberatkan kemajuan fizikal
- menitikberatkan kemajuan bersepadu


没有评论:

发表评论