2012年10月24日星期三

Sejarah F5 Bab 6

Cadangan pembentukan Malaysia

- Lord Brassey mencadangkan British menggabungkan Sabah dan Sarawak dengan Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat
- Sir Malcolm MacDonald mencadangkan gabungan Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Persekutuan
 Tanah Melayu
- Dato' Onn Jaafar mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu dinamakan Malaysia kerana suatu masa nanti British akan menggabungkan Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu 
- Lee Kuan Yew mendesak British berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
- Tunku Abdul Rahman mengumumkan cadangan tentang gagasan Malaysia dalam majlis makan tengah hari di Hotel Adelphi, Singapura dan berharap agar Malaysia dapat menjamin kedudukan politik yang kukuh

Faktor2 pembentukan Malaysia

faktor politik - keselamatan 
- perkembangan pengaruh Barisan Sosialis telah mencemaskan Lee Kuan Yew kerana ini akan mengugat rancangan British untuk memerdekakan Singapura
- ancaman komunis digunakan sebagai alasan oleh Lee Kuan Yew untuk mendesak British menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu kerana Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya

faktor politik - kemerdekaan
- penubuhan Malaysia mempercepat kemerdekaan Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei yang masih belum berkerajaan sendiri

faktor ekonomi 
- penubuhan Malaysia akan membuka pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian

faktor sosial
- untuk mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negeri anggota dengan memasukkan Sabah, Sarawak dan Brunei dalam gabungan ini

Langkah2 pembentukan Malaysia

- lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sabah dan Sarawak serta Brunei untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia
- Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum ditubuhkan untuk menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia, mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
- Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia dan menerima satu memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan
- Jawatankuasa Antara Kerajaan memperincikan cadangan Suruhanjaya Cobbold dan membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak



没有评论:

发表评论