2012年10月20日星期六

Sejarah F5 Bab 3

Latar Belakang Pembinaan Negara dan Bangsa

Sistem politik masyarakat Melayu tradisional

- sempadan kerajaan atau wilayah raja ditentukan oleh kesetiaan rakyat terhadap raja

Sistem politik penjajahan Barat

- bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, kebudayaan dan agama dibentuk melalui penggunaan satu bangsa kebangsaan, pengamalan kebudayaan kebangsaan serta Rukun Negara

Pembinaan Negara dan Bangsa 

- muncul idea hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa moden - berdasarkan rumpun bangsa
- kebangkitan nasionalisme telah mengancam Austria, Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa - menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa - membentuk negara bangsa
- Perang Dunia Pertama - kekalahan Jerman - Persidangan Damai Paris mencapai kesepakatan melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson
- dua prinsip 
  - penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri
  - prinsip sempadan negara berasaskan bangsa
- kesan deklarasi
  - empayar Austria-Hungary dan Turki yg kalah dalam perang telah dibahagi-bahagikan
- kemunculan negara bangsa baru seperti Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia
- Itali dan Jerman - negara bangsa pada abad ke 19

Penyatuan Negara Itali

- tokoh nasionalisme - Count Camillo Benso - menyatukan Itali melalui amalan realpolitik

Penyatuan Jerman

- Otto Eduard von Bismarck - mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi
- membangkitkan isu membenci kuasa asing demi membangkitkan semangat rakyat Prussia
- melancarkan 3 peperangan menentang musuh - Denmark, Austria dan Perancis

Johor 

Sultan Abu Bakar - Bapa Johor Moden - sumbangan baginda terhadap pembangunan negeri Johor

Undang2 Tubuh Kerajaan Johor
- keturunan sultan sebagai pewaris takhta
- pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor
- agama Islam sebagai agama rasmi

- Raja, Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain
- Raja berhak memilih Menteri Besar
- jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri
- Majlis Mesyuarat Kerajaan
  - Majlis Negeri - kuasa perundangan
  - Jemaah Menteri - kuasa pelaksanaan
- memantapkan sistem pentadbiran Johor dan menghalang Britisk menguasai negeri Johor

Kelantan

- penubuhan Jemaah Menteri - Kelantan sudah mempunyai sistem pentadbiran yang mantap
- Sultan Muhammad II menyingkirkan beberapa orang kerabat diraja yang terlibat dalam pertikaian merebut kuasa
- golongan pembesar bergelar Nik dan Wan - membantu mengukuhkan pemerintahan serta kewibawaan Sultan Muhammad II

Terengganu

- Sultan Zainal Abidin III - meluluskan Undang2 Tubuh Kerajaan Terengganu - Ittiqan-ilmuluk bi-ta'dil  il-suluk - keyakinan kepada pemerintah berdasarkan keadilan
- undang2 berasaskan Perlembagaan Undang2 Tubuh Kerajaan Terengganu 1895

N9 

- terdiri daripada 9 negeri
- Raja Melewar yg diberi gelaran Yamtuan Besar dan bersemayam di Seri Menanti
- mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih
- kedaulatan berada di tangan rakyat
- perlantikan pemimpin dibuat mengikut hierarki, iaitu dari peringkat paling bawah, iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga, Undang dan Yang Dipertuan Besar
- Yang Dipertuan Besar dipilih secara perundingan oleh Undang
- N9 dibahagi kepada 4 daerah - luak - Rembau, Johol, Sg. Ujong dan Jelebu
- ketua luak ialah Undang dan dipilih oleh Lembaga
- ketua suku ialah Lembaga dan dipilih oleh Buapak
- ketua Perut ialah Buapak dan dipilih oleh Anah Buah 
- Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah - berkaitan dengan adat
- berunsur demokrasi
- lebih mementingkan permuafakatan dan semangat kerjasama antara suku semasa memilih pemimpin




没有评论:

发表评论