Dua pembaharuan daripada pemerintahan Khulafa al-Rasyidin
- menubuh majlis syura
- pentadbiran wilayah
- penubuhan jabatan yang dikenali sebagai "al-Dewan"
Kesan positif
Corak kepimpinan Khulafa al-Rasyidin
- pemimpin negara adalah ketua negara yang mendaulatkan syariat Islam
Sifat kepimpinan Khulafa al-Rasyidin
- pemimpin dipilih di kalangan mereka yang berakhlak dan berwawasan memajukan negara
Dua sumbangan Saidina Umar semasa pentadbirannya
- menubuhkan beberapa jabatan baru bagi melicinkan pentadbiran
- mengisytiharkan kalendar mengikut tahun Hijrah yang pertama dalam Islam
Dua dasar pemerintahan Khulafa al-Rasyidin
- undang-undang dan perlembagaan negara adalah berdasarkan al-Quran dan hadis
- khalifah merupakan ketua negara
- pemimpin dan rakyat bersama-bersama membangun dan memajukan negara
Dua ciri kepimpinan pada zaman Khulafa al-Rasyidin
- memperketatkan undang-undang berdasarkan al-Quran dan hadis
- sedia menerima pendapat rakyat
Dua polisi pentadbiran khalifah Uthman bin Affan
- memberi peluang kepada sesiapa yang ingin berjihad menyebarkan Islam dan memperluas pengaruh Islam
- ramai gabenor dilantik daripada golongan Bani Umaiyah tetapi masih mengambil kira aspek kelayakan dan kepimpinan
Dua akibat membelakangkan kepimpinan Khulafa al-Rasyidin
- negara Islam terdedah dengan peperangan sesama umat Islam akibat pembunuhan Uthman bin Affan
- golongan munafik mendapat peluang untuk memecahbelahkan umat Islam
- muncul perpecahan aliran pemikiran seperti Ahli Sunnah Waljamaah dan Syiah yang telah memberi kesan hingga kini
Maksud tawaf
- mengelilingi Baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat tertentu untuk beribadat kepada Allah
Dua syarat sah tawaf
- berniat tawaf
- menutup aurat
Waktu menunaikan saie
- selepas tawaf
Dua syarat sah saie
- bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Marwah
- dilakukan selepas tawaf Ifadah
Dua syarat wajib haji
- Islam
- Baligh
Dua hikmah disyariatkan haji terhadap umat Islam
- menyatupadukan umat Islam tanpa mengira bangsa dari seluruh dunia
- dapat mempertingkatkan ekonomi umat Islam
Syarat istitaah (berkuasa) khusus bagi wanita untuk mengerjakan haji
- bersama mahram
- 2 orang wanita yang boleh dipercayai
- isteri perlu mendapat keizinan suami
Dua perkara yang dilarang dilakukan ketika ihram
- memakai wangi-wangian
- memotong kuku
Dua syarat berkemampuan dalam ibadah haji
- sihat tubuh badan
- mempunyai kesempatan masa
Waktu wukuf di Arafah
- gelincir matahari 9 Zulhijrah hingga terbit fajar 10 Zulhijrah
Pengertian upah haji
- melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain
Dua hikmat mengupah haji
- peluang kepada anak untuk berbakti kepada ibu bapa atau keluarga yang telah meninggal dunia
- peluang kepada orang tua yang hilang upaya untuk mengupah orang lain melakukan ibadat haji bagi pihaknya
Maksud taubat
- kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangan-Nya
Dua syarat taubat
- benar-benar menyesal terhadap dosa dan maksiat yang telah dilakukan
- berhenti segera melakukan maksiat tersebut dan berazam tidak akan mengulanginya
Dua hikmah taubat
- dapat meningkatkan keimanan terhadap Allah kerana menyedari dirinya tidak sempurna
- memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali ke jalan yang diredai
Usaha yang boleh dilakukan terhadap rakan yang melakukan maksiat
- memberi nasihat kepadanya supaya dapat menghindari daripada larangan Allah
- mengajaknya mendalami ilmu agama supaya lebih memahami ajaran Islam
Menipu dan Berbohong
- melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepentingan diri atau memudaratkan orang lain
contoh perbuatan menipu
- memalsukan dokumen
- meniru dalam menjawab peperiksaan
akibat berbohong
- individu
- menjatuhkan maruah diri dan keluaraga
- tidak akan dipercayai oleh orang lain pada masa depan
- masyarakat
- menyebabkan berlaku pergaduhan dan permusuhan
- menyebabkan suasana tidak tenteram, hura-hara dan porak-peranda
- memutuskan ikatan silaturahim
Mencuri dan Merompak
Mencuri - mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin
Merompak - mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin
Hukuman
membunuh dan merampas - disalib
membunuh - dibunuh
mengganggu ketenteraman awam - dibuang negeri
merampas - dipotong tangan dan kaki secara bersilang
akibat
- individu
- menjatuhkan maruah diri dan keluarga
- disisih dan dipulaukan oleh masyarakat
- masyarakat
- hidup tidak tenteram dan sering terganggu
- menimbulkan ketakutan kepada orang lain
Riba
- faedah / pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman, hutang piutang, pertukaran makanan sejenis dan juga mata wang
- Riba al-Fadl
- Riba al-Nasi'a
hikmah pengharaman riba dalam Islam
- membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
- mewujudkan keadilan dan kestabilan ekonomi masyarakat
Mengumpat dan Menfitnah
- Mengumpat - menceritakan keburukan seseorang ketika ketiadaannya yang menyebabkan kemarahan apabila dilakukan di hadapannya
- Menfitnah - melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti
akibat
- menimbulkan pergaduhan dan perpecahan sesama ahli masyarakat yang dapat menghalang perpaduan masyarakat
Minum arak dan Menagih dadah
dadah - sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir
2 akibat menagih dadah terhadap individu
- dapat menjatuhkan maruah diri dan keluarga menyebabkan diri dan keluarga dipandang rendah oleh orang lain
- boleh merosakkan akal fikiran menyebabkan kerosakan saraf otak dan menjadi gila
Zina
- mengadakan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah
Sebab zina
- suka membaca dan menonton bahan lucah
- mengamalkan pergaulan bebas berlainan tanpa batas
Menuduh Zina (Qazaf)
- menuduh seorang yang baik melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki yang adil
Liwat dan Musahaqah
Liwat - lelaki dengan lelaki
Musahaqah - perempuan dengan perempuan
Membunuh diri
- melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh dari jasad sendiri
Syirik
- menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat,sifat, dan af'al-Nya
- Syirik Jali
- menyembah berhala
- memakai tangkal azimat
- Syirik Khafi
- takbur
- riak
- ujub
- sum'ah
- orang yang melakukan amalan syirik - musyirik
Kufur
- tidak percaya kepada Allah dan mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad
- Kufur Hakikat
- Kufur Nikmat
- orang yang melakukan perbuatan kufur - kafir
Riddah
- berpaling atau keluar daripada agama Islam
- orang yang keluar daripada agama Islam - murtad
2 contoh riddah melalui lisan
- mengisytiharkan diri telah keluar daripada agama Islam
- menolak bahawa solat lima waktu itu wajib
2 sebab berlakunya riddah
- tidak mengamalkan dan menghayati ajaran Islam sepenuhnya dalam kehidupan seharian
- terpengaruh dengan pemikiran bebas yang menganggap Tuhan tidak wujud (free-thinker)
2 usaha yang perlu dilakukan untuk mengelakkan amalan riddah daripada berleluasa
- individu
- meningkatkan keimanan diri sendiri dengan mempraktikkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian
- berhati-hati terhadap kawan-kawan bukan Islam yang benci kepada Islam
- masyarakat
- mempergiatkan majlis-majlis ilmu secara bersepadu dan berterusan terhadap semua lapisan masyarakat
- mengadakan kursus dan bengkel pemulihan akidah dari semasa ke semasa
Khurafat
- kepercayaan / perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam
2 contoh khurafat yang masih diamalkan dalam masyarakat Islam
- mempercayai bintang 12 mengikut tarikh lahir
- membuang ancak bagi menghalang hantu
2 langkah pihak berkuasa bagi mengatasi perbuatan khurafat
- mempergiatkan majlis-majlis ilmu secara bersepadu dan berterusan terhadap semua lapisan masyarakat
- menerapkan nilai-nilai agama kepada masyarakat yang masih mengamalkan khurafat secara berterusan
Sihir
- ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui bantuan makhluk ghaib (syaitan, jin) bertujuan untuk memudaratkan dan mengelirukan manusia
2 contoh sihir
- ilmu hitam
- pukau
2 sebab amalan sihir dilarang Islam
- merosakkan akidah
- membatalkan iman
cara untuk mengawal diri daripada terkena sihir
- sentiasa beribadat dan berdoa kepada Allah supaya dapat meningkatkan keimanan terhadap Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya
Nifak
- berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hatinya tetap ingkar kepada Allah
- orang yang mengamalkan sifat nifak - munafik
2 sifat nifak yang ada pada diri seorang munafik
- kalau bercakap, dia berbohong
- kalau berjanji, dia memungkiri janji
2 akibat nifak
- individu
- tidak mendapat keredaan Allah di dunia dan di akhirat
- disisih dan dipulaukan kerana tidak akan dipercayai oleh masyarakat
- masyarakat
- memberi peluang kepada musuh negara untuk melemahkan dan menghancurkan negara kita
- menyebabkan permusuhan dan pergaduhan
cara untuk menghindarkan diri daripada mengamalkan ciri-ciri nifak
- sentiasa taat kepada segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya
- membiasakan diri menjadi seorang yang jujur dan amanah supaya boleh dipercayai oleh orang lain
Gerakan Islah
- gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu membetulkan pandangan terhadap Islam
Tokoh Gerakan Islah - Kaum Muda
- Sheikh Tahir Jalaluddin
- Syed Sheikh al-Hadi
- Dr.Burhanuddin al-Helmy
Alat saluran gerakan - akhbar dan majalah
- al-Imam
- Pengasuh
- Neracha
Idea perjuangan Kaum Muda
- menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
- menyemat sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang Islam
- sikap mengkritik raja dan pembesar yang tidak berperanan memajukan orang Melayu
- mendirikan madrasah
- memberikan pendidikan dunia dan akhirat seperti fardu ain
Cabaran dan halangan yang dihadapi Kaum Muda
- tentangan daripada Kaum Tua
- Kaum Tua telah menguasai masyarakat dengan menyatakan Islam itu tentang akhirat sahaja
- hanya dapat bergerak di Negeri-negeri Selat
- tidak dapat bergerak di Negeri-negeri Melayu Bersekutu kerana halangan undang2 yang menghalang Kaum Muda daripada berdakwah dan tidak membenarkan membawa masuk risalah dan buku Kaum Muda ke Negeri-negeri Melayu Bersekutu