2012年11月12日星期一

Pendidikan Islam F4 Bab 10

Syirik

- menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat,sifat, dan af'al-Nya

- Syirik Jali
  - menyembah berhala
  - memakai tangkal azimat

- Syirik Khafi
  - takbur
  - riak
  - ujub
  - sum'ah

- orang yang melakukan amalan syirik - musyirik

Kufur

- tidak percaya kepada Allah dan mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad

- Kufur Hakikat
- Kufur Nikmat

- orang yang melakukan perbuatan kufur - kafir

Riddah

- berpaling atau keluar daripada agama Islam

- orang yang keluar daripada agama Islam - murtad

2 contoh riddah melalui lisan
- mengisytiharkan diri telah keluar daripada agama Islam
- menolak bahawa solat lima waktu itu wajib

2 sebab berlakunya riddah
- tidak mengamalkan dan menghayati ajaran Islam sepenuhnya dalam kehidupan seharian
- terpengaruh dengan pemikiran bebas yang menganggap Tuhan tidak wujud (free-thinker)

2 usaha yang perlu dilakukan untuk mengelakkan amalan riddah daripada berleluasa
- individu
  - meningkatkan keimanan diri sendiri dengan mempraktikkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian
  - berhati-hati terhadap kawan-kawan bukan Islam yang benci kepada Islam
- masyarakat
  - mempergiatkan majlis-majlis ilmu secara bersepadu dan berterusan terhadap semua lapisan masyarakat
  - mengadakan kursus dan bengkel pemulihan akidah dari semasa ke semasa

Khurafat

- kepercayaan / perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam

2 contoh khurafat yang masih diamalkan dalam masyarakat Islam
- mempercayai bintang 12 mengikut tarikh lahir
- membuang ancak bagi menghalang hantu

2 langkah pihak berkuasa bagi mengatasi perbuatan khurafat
- mempergiatkan majlis-majlis ilmu secara bersepadu dan berterusan terhadap semua lapisan masyarakat
- menerapkan nilai-nilai agama kepada masyarakat yang masih mengamalkan khurafat secara berterusan

Sihir

- ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui bantuan makhluk ghaib (syaitan, jin) bertujuan untuk memudaratkan dan mengelirukan manusia

2 contoh sihir
- ilmu hitam
- pukau

2 sebab amalan sihir dilarang Islam
- merosakkan akidah
- membatalkan iman

cara untuk mengawal diri daripada terkena sihir
- sentiasa beribadat dan berdoa kepada Allah supaya dapat meningkatkan keimanan terhadap Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya

Nifak

- berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hatinya tetap ingkar kepada Allah

- orang yang mengamalkan sifat nifak - munafik

2 sifat nifak yang ada pada diri seorang munafik
- kalau bercakap, dia berbohong
- kalau berjanji, dia memungkiri janji

2 akibat nifak
- individu
  - tidak mendapat keredaan Allah di dunia dan di akhirat
  - disisih dan dipulaukan kerana tidak akan dipercayai oleh masyarakat
- masyarakat
  - memberi peluang kepada musuh negara untuk melemahkan dan menghancurkan negara kita
  - menyebabkan permusuhan dan pergaduhan

cara untuk menghindarkan diri daripada mengamalkan ciri-ciri nifak
- sentiasa taat kepada segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya
- membiasakan diri menjadi seorang yang jujur dan amanah supaya boleh dipercayai oleh orang lain



没有评论:

发表评论