2015年3月7日星期六

Sejarah F4 Bab 1

1.1       ZAMAN PRASEJARAH

-          ZAMAN PALEOLITIK & MESOLITIK

-          ZAMAN NEOLITIK

-          ZAMAN LOGAM

 

1.2   DEFINISI TAMADUN – mudun, madain, madana

Madana – budi bahasa yg tinggi & pembukaan bandar

Civilization = civitas – bandar & peradaban

Perbezaan antara pandangan Barat dgn pandangan Islam à konsep tamadun


                                    Barat


                                      Islam


Pembangunan lahiriah


Pembangunan lahiriah & rohaniah


Aspek kebendaan, kebudayaan dan pembangunan fizikal ditegaskan


Akidah, akhlak, semangat kejiranan, toleransi dan kebebasan beragama


Gordon Childe – pencapaian lahiriah – kayu pengukur kemajuan tamadun


Syed Naquib al- Attas – pencapaian tahap tatasusila & kebudayaan yg tinggi & luhur oleh masyarakat


Darcy Liberio & R.A. Buchanan – tekan aspek lahiriah & X rohaniah


Ibn Khaldun – umran & hadarah

 

Richard Sullivan – sarjana Barat sokong pandangan Islam


1.3     Ciri2 Tamadun

-          Petempatan kekal

-          Kehidupan organisasi

-          Sistem pemerintahan

-          Pengkhususan pekerjaan

-          Agama & kepercayaan

-          Bahasa & sistem tulisan


1.4 Proses Pembentukan Tamadun

Tamadun Mesopotamia

– tanah di antara 2 sungai

Proses pembentukan

-          Dibahagikan – bahagian utara dan selatan bandar Baghdad

-          Org Sumeria berhijrah & bina petempatan

-          Petempatan awal berbentuk perkampungan berkembang à bandar & lahir kota – Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari

Sistem tulisan - cuneiform


Sumbangan Tamadun Mesopotamia

1.       Perundangan

Kod Undang-undang Hammurabi - dasar perundangan – elak masalah pelbagai kaum, wujud perpaduan, ukuh sistem organisasi masyarakat

-          hukuman & denda setimpal dgn kesalahan tapi beza mengikut susun lapis masyarakat

-          dipahat pada tembok & tiang besar

2.       Aspek estetika

Raja Nebuchadnezzar – bina semula Babylon, istananya – Taman Tergantung Babylon

3.       Sistem Tulisan – Epik Gilgamesh – falsafah & cara hidup org Mesopotamia

4.       Perkembangan Ilmu astronomi – guna jalan laut & cipta calendar yg mengandungi 12 bulan setahun

5.       Penciptaan roda – kereta kuda & cipta kincir air

6.       Perpustakaan diraja – Ashurbanipal


Tamadun Hwang Ho

Proses pembentukan tamadun Hwang Ho (4m)
- kesuburan Lembah Hwang Ho (1) menarik penduduk nomad untuk membina petempatan (1)
- Tapak Banpo berhampiran bandar Sian merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho (1)
- penduduk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang (1)
- perkembangan petempatan awal (1) melahirkan beberapa buah bandar di Lembah Hwang Ho (1)
- Anyang merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang (1)

Susun lapis masyarakat tamadun Hwang Ho (8m)
- raja menduduki lapisan paling atas (1) diikuti oleh golongan bangsawan dan pembesar (1)
- golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa (1)
- golongan petani, golongan artisan dan pedagang (1) yang membentuk sebahagian besar penduduk (1) mendiami kawasan luar bandar (1)
- golongan artisan berkemahiran dalam teknologi gangsa (1) untuk menghasilkan senjata (1)
- lapisan yang paling bawah ialah hamba (1)
- berfungsi sebagai tentera paksaan (1)

8 ciri sistem pemerintahan Dinasti Shang (8m)
- berbentuk pemerintahan beraja (1)
- pengganti raja dilantik dalam kalangan saudara lelaki atau anak lelaki raja (1)
- raja mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama (1)
- raja berkuasa atas pusat pentadbiran (1)
- raja tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana berketurunan pemerintah agama (1)
- urusan pentadbiran dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan (1)
- golongan bangsawan bertanggungjawab mentadbir wilayah (1)
- Dinasti Chou mengambil alih pemerintahan Shang (1)

Sistem tulisan (4m)
- muncul daripada amalan penilikan tulang oracle (1)
- rekahan pada tulang menimbulkan idea untuk mencipta tulisan (1)
- membentuk sistem tulisan yang dikenali sebagai tulisan ideogram (1) berbentuk simbol dan gambar (1)

Kepentingan sektor pertanian kepada sesebuah negara (4m)
- menyediakan tanaman makanan seperti padi dan jagung (1)
- membekalkan bahan mentah untuk pengeluaran kilang (1)
- menyediakan peluang pekerjaan (1)
- memberi sumbangan pendapatan kepada negara melalui kegiatan eksport (1)

没有评论:

发表评论