2015年3月7日星期六

Sejarah F4 Bab 2

Pembentukan tamadun India

- Keruntuhan Tamadun Indus dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru yang dikenali sebagai Zaman Vedik 
- Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama kerana lahirnya agama Hindu
- Zaman ini terdapat golongan pemerintah terdiri daripada raja.
- Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada ( kerajaan kecil ) dan mahajanapada ( kerajaan besar )

Sistem perundangan dalam tamadun India

- Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang2 Hindu paling tua
- Raja merupakan tonggak dalam perkembangan tamadun India 
- Raja dipertanggungjawabkan untuk memelihara kesucian dan kedaulatan undang2
- Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan atau denda bergantung pada keseriusan kesalahan 
- golongan Brahmin menjadi golongan yang dominan dalam urusan undang2 kerana mereka mahir tentang hukum2 yang berkaitan dengan keagamaan

Kemajuan yang dicapai oleh tamadun India dalam bidang ekonomi

- Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan yang sangat pesat
- Pusat perdagangan yang penting - Anga, Kalinga, Karusa menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara
- Hubungan perdagangan dengan negara luar - kerajaan Maurya dengan Macedonia
- Pelabuhan yang penting - Tamralipti, Ghantashala, Kadura ( timur ) , Kalyan dan Cambay ( barat )
- Kewujudan persatuan perdagangan dan perusahaan - sresthin
- Mata wang telah digunakan sebagai medium jual beli

Pendidikan tamadun India

- bermula pada Zaman Vedik - mementingkan aspek keagamaan dan agama Hindu menjadi terasnya
- pembelajaran tertumpu kepada kitab2 Veda dan bahasa Sanskrit
- kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab2 Veda
- pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahman
- pada abad ke 4 Masihi, lahirnya universiti agama Buddha di Nalanda
- seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda untuk mencapai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan

Sains dan Teknologi tamadun India

- cabang kepada pengetahuan Vedik
- pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda
- ilmu matematik telah wujud dan berkembang pesat pada Zaman Gupta
- ahli matematik mengetahui tentang konsep geometri dan memperkenalkan sistem nombor 
  - angka Brahmin dan angka Kharosti
- ilmu perubatan berkembang disebabkan kecenderungan masyarakat dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga

Sistem sosial tamadun India

- kewujudan sistem kasta
- 4 kasta utama -  Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra
- mempunyai tanggungjawab yang berbeza
- seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza

Agama Hindu 

- Hindu - masyarakat yang tinggal di Sungai Sindhu
- muncul sejak Zaman Vedik - wujud kitab Veda
- percaya Tuhan mempunyai 3 fungsi utama 
  - mencipta ( Brahman )
  - memelihara ( Vishnu )
  - membinasa ( Siva )
- mempunyai 6 aliran 
  - Saivisme
  - Vishnavisme
  - Saktham
  - Ganapathyam
  - Kaumaram
  - Saura
- kegemilangan agama Hindu - zaman Gupta
- mempercayai Hukum Karma - bersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati

Agama Buddha

- diasaskan oleh Siddharta Gautama
- kemunculan agama dikaitkan dengan penentangan golongan Ksyatria terhadap dominasi Brahmin dalam soal agama dan kehidupan
- Gautama Buddha menemui kebenaran sewaktu bertapa di bawah pokok bodhi di kampung Uruveda
- ajaran asas Buddha - empat kebenaran mulia - dukka, samudaya, nirodha, marga
- zaman kegemilangan agama Buddha - zaman pemerintahan Asoka
- menggunakan bahasa Pali - kitab suci ( kitab Tripitaka ) mengandungi Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka dan Abhidhamma Pitaka

Agama Kristian

- diasaskan oleh Jesus Christ
- 25 Disember - tarikh lahir Jesus dan diraikan setiap tahun sebagai Hari Natal
- Old Testament dan New Testament adalah kitab suci agama Kristian yang dikenali sebagai bible
- mendapat tempat di Eropah pada zaman Rom - pemerintahan Constantine
- individu yang terlibat dengan perancangan dan kegiatan agama dikecualikan daripada kerja berat
- Hari Ahad dikhaskan untuk kegiatan keagamaan

Agama Islam

- diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad pada 6 Ogos 610 M melalui Malaikat Jibril di Gua Hira
- 2 teras dalam agama Islam - akidah dan syariah
- akidah - keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah
- syariah - undang2 yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah
- orang Islam wajib percaya kepada rukun Islam dan rukun Iman

Confucianisme

- diasaskan oleh Confucius 
- dijadikan sebagai kepercayaan dan tokoh Confucius telah disembah sebagai salah satu dewa penting
- menekankan prinsip moral yang tinggi - perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), taat kepada ibu bapa (xiao)
- mendapat pendidikan - mencapai ketinggian moral

Taoisme

- diasaskan oleh Lao Tze
- menghasilkan buku Tao Te Ching yang mengandungi idea falsafah Taoisme
- lebih menumpukan kepada konsep Tao - jalan
- setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao
- Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan (wu-wei)

没有评论:

发表评论