2015年3月7日星期六

Sejarah F4 Bab 4

Pendekatan Nabi Muhammad s.a.w. dalam usaha menyebarkan dakwah Islamiah di Makkah (6m)

- kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w.berdakwah
- pendekatan perbandingan antara nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak dalam Islam
- Nabi Muhammad s.a.w. membaca ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat
- memberikan penerangan dan menunjukkan teladan yang baik
- Nabi Muhammad s.a.w. menanamkan keimanan yang kuat kepada pengikut
- keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. yang mulia

4 sebab orang Arab Quraisy menentang ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. (8m)

- perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan
 - Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah sedangkan orang Arab Quraisy menyembah patung berhala 
   dan animisme
- menolak konsep persaudaraan Islam
 - bertentangan dengan konsep assabiah yang menjadi pegangan mereka
- menentang prinsip persamaan taraf dalam Islam
 - berbeza dengan sistem sosial masyarakat Arab Jahiliah yang mempunyai perbezaan darjat
- mengugat ekonomi orang Arab Quraisy
 - menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala kerana Islam  mewajibkan menyembah Allah

6 cara orang Arab Quraisy menentang dakwah Islamiah yang disebarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

- mengejek ajaran Islam melalui puisi mereka
- Nabi Muhammad s.a.w. dicemuh dengan kata2 nista
- golongan hamba yang memeluk Islam diseksa dengan kejam
- memujuk Nabi Muhammad s.a.w. dengan menawarkan kedudukan, wanita, cantik dan harta
- melakukan pemulauan terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga
- membuat pakatan untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w

没有评论:

发表评论